Saturday, October 25, 2014

SENI ARCA UPSI

APA ITU SENI ARCA ?


Menggunakan istilah arca yang diterjemahkan dari ‘sculpture’ , dapat didefinisikan secara ringkas ia sebagai sebuah karya seni yang berbentuk  tiga dimensi  yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dari segi unsur foralistik dan makna. Bahasa Yunani lama ‘sculpere’ memberi makna mengukir, menebuk, memotong . memodel menggunakan tanah liat atau lilin  untuk membina figura secara timbulan atau tiga dimensi. Gaunt 1966, Ocvirk 1994. Definisi arca berubah mengikut peredaran zaman ianya bukan hanya sekadar mengukir dan memodel, di era moden apa jua bentuk yang melibatkan ruang tiga dimensi dengan teknik yang pelbagai seperti  kimpalan, cantuman, jahitan , ketukan, lekatan dan sebagainya. Bentuk-bentuk arca di zaman Michelangelo berubah dengan arca-arca Konstruktif, kinitik, minimilis, installation, ‘site specifik’, public art, environmental art , video art, eletronik  art.




TOKOH ARCA TEMPATAN





Syed Ahmad Jamal

Datuk Syed Ahmad Jamal merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalamperkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara daritahun 1983 sehingga tahun 1991. Beliau merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasil-hasil karya beliau untuk tatapan umum. Di antara tema pameran beliau ialah “Antara Langit & Bumi”, “Ruang” dan “On & Off King’s Road’
      Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam tadi. Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu,Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki. Allahyarham yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan AbuBakar, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada1950 hingga 1951. Allahyarham kemudian menyambung pengajian di Chelsea School of Art,London pada 1951 hingga 1955.Pada 1955 hingga 1956, Allahyarham meneruskan pengajian di Institute of Education,University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni disusuli dengan pengajian di School of Art Institute of Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 1963 hingga1964 sebelum mengikuti pengajian Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni pada 1973hingga 1975.Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, Englanddari 1958 hingga 1959. Allahyarham antara tokoh memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Antara karya beliau :


 Contoh arca abstrak 'Perhubungan', 
 oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan : kayu



Anthony Law


  • Lahir pada 1933 di Johor Bahru, menerima pendidikan seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada 1957 dan Indiana University di Bloomington, Amerika Syarikat pada 1968. 
  • Mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni lukis lewat 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru.  
  • Sumbangan utama beliau kepada kegiatan seni ialah dalam bidang arca, lebih dikenal sebagai seorang pengarca.
  • Ahli Friday Art Group dengan Syed Ahmad Jamal dan Jolly Koh. 
  • Mempunyai sikap kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional seni arca.  
Antara karya-karya beliau :-

Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi



"Rimba"

Tahun : 1967

                          Media: Arca besi                            

Tema : Rimba – Peniruan alam




 Raja Shahriman Bin Raja Aziddin

RAJA Shahriman di samping karya Api, Bayangan dan Kemenyan IV di Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Name: Raja Shahriman Bin Raja Aziddin.
Date of Birth: 17 Nov 1967, Kuala Kangsar, Perak.
Qualification
Diploma in Art & Design (Fine Art), Universiti Teknologi Mara
(Majoring in sculpture).

Antara karya-karya beliau :-


Serpihan Gaza 2008


Panji Hitam


TOKOH -TOKOH ARCA LUAR NEGARA


Alberto Giacometti

  • Alberto Giacometti 
  • Sculptor
  • Alberto Giacometti was a Swiss sculptor, painter, draughtsman and printmaker. He was born in the canton Graubünden's southerly alpine valley Val Bregaglia, as the eldest of four children to Giovanni
  •  Born: October 10, 1901, Borgonovo, Switzerland
  • Died: January 11, 1966, Chur, Switzerland
  • Parents: Giovanni Giacometti
  • Siblings: Diego Giacometti, Bruno Giacometti
  • Periods: Expressionism, Surrealism, Cubism, Formalism, Modern art.
Antara karya beliau :- 


Le chien, 1951 

Bronze, 46 x 98 x 15 cm


The-Cage-Alberto-Giacometti


Henry Moore

  • Henry MooreSculptor
  •  Henry Spencer Moore OM CH FBA RBS was an English sculptor and artist. He was best known for his semi-abstract monumental bronze sculptures which are located around the world as public works of art. 
  • Born: July 30, 1898, Castleford, United Kingdom
  • Died: August 31, 1986, Much Hadham, United Kingdom
  • Nationality: British
  •  Periods: Modernism, Modern art
  • Education: Leeds College of Art, Royal College of Art, Castleford High School 
Antara karya beliau :-



Reclining Figure (1951)


Moore's bronze Draped Reclining Woman 1957-58


Michelangelo

  • Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni, commonly known as Michelangelo, was an Italian sculptor, painter, architect, poet, and engineer of the High Renaissance who exerted an unparalleled influence on the development of Western art. Wikipedia
  • Born: March 6, 1475, Caprese Michelangelo, Italy
  • Died: February 18, 1564, Rome, Italy
  • Buried: Basilica of Santa Croce, Florence, Italy
  • Structures: St. Peter's Basilica, Capitoline Museums, more
  •  Periods: Italian Renaissance, High Renaissance, The Renaissance 
Antara karya beliau :-



Bologna, Florence and Rome, 1492–99

KATEGORI DAN JENIS ARCA

1. ARCA AWAM

       Seni Arca Awam pula boleh dimengertikan sebagai sebuah hasilan seni  yang diletakkan di ruang terbuka. Ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh. Ianya berlatarbelakangkan ruang persekitaran. Kegiatannya lebih tertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya lebih bertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya  bersesuaian dengan faktor cuaca, keselamatan dan penyelenggaraan.
       Robert Atkins (1945), menyatakan Public Art is simple art produce for and own by community. Manakala  Meel Goding (2000 )menyatakan Public Art merupakan sebuah karya untuk ruang umum dan ditaja secara spesifik dengan khayalaknya adalah orang ramai. Ia menampilkan cabaran serta melibatkan kerjasama antara pengarca, akiterk, orang ramai, penaung seni dan perlu  sensitif tentang persekitaran dan konteknya.

contoh arca awam :-

Arca oleh Ariffin Mohd Ismail
Transformation ,1974 daripada bahan marmar


“Keris” arca yang telah dihasilkan oleh Lattif Mohidin

2 . ARCA MOBAIL

        Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.


Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris


Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar  ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

3. ARCA TIMBULAN

    Arca relief ataupun timbulan dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.



Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931


Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)

4. ARCA STABAIL

        Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukanyang boleh bergerak. Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenismalah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperticatan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadisebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasidaripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj. 


Homeage New York: A self Construction and self Detroying Work of Art’.

5. ARCA INSTALASI

Instalasi merupakan merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Arca instalasi dipersembahkan dengan menyusun objek-objek seni seperti arca, lukisan, cetakan atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh pengkarya.

Contoh karya instalasi :-






KAJIAN SUBJECT MATTER (BANGUNAN WARISAN TANJONG MALIM,PERAK)

Pensyarah seni arca upsi PROFESSOR MADYA DR. ABDUL HALIM BIN HUSAIN telah memberikan kami tugasan individu iaitu membuat arca relief. Pemilihan rekabentuk berdasarkan tema yang telah diberikan oleh beliau iaitu bangunan warisan tanjong malim, perak. Walaubagaimanapun, saya telah memilih kawasan kajian saya di bangunan warisan Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Muzium 

pic_museum

Usaha awal menubuhkan Muzium Pendidikan Sultan Idris telah diilhamkan sejak tahun 1950-an lagi. Pada masa itu muzium tersebut digelar muzium SITC, Muzium tersebut hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim. Pada Ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Langkah pertama ke arah penubuhan muzium ini apabila Muzium Negara telah membuat pameran pendidikan tersebut di Kuala Lumpur. Pada 31 Julai 1983, DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertua Agong iaitu Sultan Ahmad Shah telah melawat Muzium MPSI untuk merasmikan perayaan Jubli Intan MPSI. Beliau juga telah menyokong gagasan penubuhan Muzium Pendidikan Nasional. Muzium Pendidikan Nasional ini juga, telah mengalami beberapa perubahan dari era Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI dan Muzium Pendidikan IPSI.

Pada 26 Mac 1999, Muzium Pendidikan IPSI dengan rasminya diserahkan kepada UPSI dan sekali lagi mengalami perubahan menjadi Muzium Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhirnya pada 26 Jun 2002 melalui kertas cadangan dan kata sepakat oleh pihak Kementerian Pendidikan dan pihak Kementerian yang lain serta pihak UPSI, Muzium Pendidikan Sultan Idris dengan rasminya telah dinaiktaraf menjadi Muzium Pendidikan Nasional. Terdapat beberapa bangunan yang dipilih oleh pihak kementerian untuk dijadikan bangunan bersejarah serta muzium, antara bangunan-bangunan bersejarah, yang dikenalpasti untuk dijadikan Muzium Pendidikan Nasional adalah:-

1. Bangunan Suluh Budiman
2. Bangunan Tadahan Utara SITC
3. Bangunan Tadahan Selatan SITC
5. Bangunan Rumah Pengetua SITC
6. Bangunan Rumah Tamu SITC
7. Bangunan Dewan Makan SITC
8. Bangunan Sekolah Latihan SITC

Berikut adalah contoh-contoh gambar bangunan warisan upsi mengikut pandangan dan sudut yang kreatif yang telah saya ambil untuk dijadikan design dalam arca relief saya :-


Bangunan Muzium Pendidikan Nasional UPSI


Bangunan Rumah Tamu


Surau Upsi


Muzium Upsi


Rumah zaba

Gambar Bangunan warisan yang telah dipilih :-


RUMAH ZABA

Sejarah Rumah Zaba :-

Antara bangunan warisan kenangan keabadian SITC ialah sebuah rumah kecil yang dikatakan pernah didiami oleh tokoh persuratan agung Melayu iaitu Pendita Za'ba. Rumah ini dinamakan dengan nama Ruma Za'ba. Seingat saya, hanya sekali sahaja saya pernah memasuki rumah Za'ba ini. Didalamnya, terdapat beberapa barangan warisan tinggalan Pendita Za'ba. Antaranya ialah mesin taib, cermin mata dan beberapa makalah yang pernah dikarang oleh beliau. 

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:

1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Lakaran-lakaran lukisan Bangunan warisan Upsi dan Tanjong Malim : -










PRSOSES PENGHASILAN.


 Proses pertama adalah menghasilkan bentuk segi empat sama menggunakan kayu dengan berukuran 6 x 6 inch.


 Selepas itu, masukkan tanah liat ke dalam bentuk segi empat itu untuk mendapatkan bentuk tanah liat ( Master mould)  dan tunggu sehingga sederhana kering.


Selepas itu,tanah yang terbentuk tadi dikeluarkan daripada kotak tersebut, setelah itu lakarkan subject matter yang telah dipilih di atas permukaan tanah (master mould). Dan selepas itu, boleh la mula mengukir.


Proses mengukir tanah liat master mould menggunakan pisau gergaji besi. Proses mengukir master mould ini mestilah mempunyai kecondongan, melintang, menegak, fleksibel dan memperlihatkan tingkat demi tingkat.


Gambar menunjukkan master mould dalam 50% untuk disiapkan.


Proses membersihkan tanah liat (master mould ) menggunakan berus.


Proses meratakan master mould menggunakan pisau pengukir.


Master mould yang telah siap di ukir dan sedia utuk disaluti dengan silicon rubber.


Proses seterusnya ialah proses meletakkan silicon rubber ke atas permukaan master mould untuk membuat acuan mould. Gambar menunjukkan lapisan pertama silicon rubber di atas permukaan master mould. Silicon rubber haruslah dicampurkan dengan thinner terlebih dahulu ntuk memudahkan silion rubber memasuki ke atas permukaan yang sukar.


Proses meletakkan silicon rubber di atas permukaan master mould diteruskan.


Gambar di atas menunjukkanmaster mould yang telah siap disaluti dengan silicon rubber.


Ini adalah hasil daripada master mould yang telah disaluti dengan master mould yang dijadikan untuk acuan dan juga dikenali sebagai MOULD.


Proses seterusnya ialah menghasilkan produk menggunakan Plaster of Paris (POP) dengan acuan mould yang telah siap tadi.


Sebelum itu, proses membuat dan membancuh POP dengan menggunakan sedikit air dan POP yang akan dituangkan ke dalam acuan mould.


Setelah POP dibancuh dengan sebati, masukkan POP ke dalam mould dan tunggu sehingga keras.


Produk POP yang telah terbentuk dikeluarkan daripada acuan dan proses tacap pada POP dilakukan.


Setelah selesai di tacap, proses mewarna pada POP akan dilakukan.Gambar di atas menunjukkan Bahgian atas telah diwarna dengan warna hijau dan kuning. Ia merupakan daun pokok.


Proses mewarna diteruskan dengan mewarna bahagian rumah.


Proses mewarna pada produk hampir siap.


Setelah selesai mewarna, proses mengilatkan produk menggunakan spray laqcuier.


Produk arca timbulan akhir yang telah siap.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN.

1. Tanah Liat
2. Plaster of Paris
3. Pisau
4. Silicon Rubber
5. Spray Lacquier


TUGASAN 2

PROGRAM "ARTIST IN SCHOOL" DI SEKOLAH KEM TERENDAK MELAKA PADA 21- 23 NOVEMBER 2014

Pengenalan 

Salah satu resipi kejayaan murid ialah keceriaan sekolah. Dengan persekitaran yang bersih & ceria, dapat menarik minat murid hadir ke sekolah seterusnya berasa seronok untuk belajar. Pelajar ijazah sarjana muda pendidikan seni yang telah mengambil studio arca UPSI telah merancang beberapa siri program keceriaan iaitu membuat mural di dinding sekolah sk terendak melaka. . Melalui aktiviti ini, bakal guru telah dibahagikan kepada lebih 12 dinding yang ada di sekolah tersebut.


Perbincangan awal sebelum mula untuk melakar design pada dinding-dinding


murid- murid lelaki sk terendak 1 melaka


murid-murid perempuan sk terendak 1 melaka


Antara gambar-gambar membuat mural pada dinding-dinding sk terendak melaka


Arnol dan kalvin yang membuat mural bertemakan akademik



Mural yang telah dibuat oleh saya sendiri dengan bertemakan batik


Mural yang telah dibuat oleh solehah , momo chan dan jane yang bertemakan ICT


Tuan nur fatihah dan nor mala dengan muralnya bertemakan ICT


Kumpulan ini telah membuat mural yang bertemakan akademik


Selingan : Selepas penat membuat mural, kami keluar berjalan-jalan ke pantai melaka :)


TUGASAN 3 (AKHIR)

MINIATURE SCULPTURE ATAU TABLE SCULPTURE ( Alam pendidikan )

Apa itu miniature sculpture ?

Seni miniatur atau seni model adalah satu genre yang memberi tumpuan kepada seni (terutama lukisan, ukiran dan patung) dalam banyak-lebih kecil daripada biasa saiz. Masyarakat seni kecil, seperti Persekutuan Dunia Miniaturists (WFM), memberi definisi yang diguna pakai istilah. Satu definisi sering digunakan-ialah sekeping seni miniatur mampu diadakan di telapak tangan, atau bahawa ia meliputi kurang daripada 100 cm ².

CONTOH-CONTOH ARCA TABLE SCLPTURE




Kami telah ditugaskan untuk membuat table scuplture yang bertemakan ALAM PENDIDIKAN. Walaubagaimanapun, pensyarah telah menukar tema kepada PERAK MAN. 



Contoh mock up yang telah kami buat yang bertemakan alam pendidikan


PERAK MAN

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. 
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

Gambar rangka tulang Perak Man yang dijumpai di lenggong perak

Proses-proses tugasan membuat miniature sculpture (Perak man)

Ekpresi wajah perak man 1
Ekspresi wajah perak man 2
Ekspresi wajah perak man 3
Ekpresi wajah perak 4
Ekspresi wajah perak man 5
( Yang dipilih untuk dijadikan TIMAH)

Proses penghasilan
Setelah wahaj-wajah perak man telah siap, seterusnya ialah membuat kotak untuk mebuat acuan perak man dengan menggunakan Plaster og paris (POP)

Proses mengeluarkan tanah


Proses membakar tanah agar memudahkan tanah dikeluarkan.


Proses membersihkan bahagian dalam agar tidak tanah tidak ada yang tertinggal.
Acuan yang telah dibersihkan
Alat yang digunakan untuk membakar
Gas 
Batu ladung @ timah yang akan dicairkandan dimasukkan ke dalam acuan
Proses mencairkan timah
Proses menuang timah yang cair ke dalam acuan
Selepas itu, timah yang telah siap dimasukkan  ke dalam acuan.

Proses memecahkan POP untuk mengeluarkan Timah (Perak Man)


Proses mengilatkan Timah


Selesai dikilatkan, inilah hasilnya.
( PERAK MAN)

FINAL


ALATAN DAN BAHAN

1. TIMAH
2. GAS
3.PLASTER OF PARIS
4.PEMBAKAR (API)
5.BERUS DAWAI
6. TANAH + SILIKON